Sunday, October 12, 2008

Rancangan Pengajaran Harian

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

BAHASA MELAYU TAHUN 2



Mata Pelajaran : Bahasa Melayu


Tahun : 2 Azam


Tarikh : 26 Ogos 2008


Masa : 60 minit ( 11.00 pagi – 12.00 tengah hari )


Bilangan Murid : 32 orang


Tajuk : Haiwan Kesayangan Saya


Objektif : Pada akhir pelajaran ini, murid-murid dapat :

i. membaca petikan ‘ Ikan Emas Iskandar ‘ dengan

sebutan dan intonasi yang betul

ii. memberikan maklumat yang tersurat atau tersirat

yang terdapat dalam petikan berdasarkan soalan

yang diberikan

iii. mengenalpasti kata nama serta membina ayat

berdasarkan perkataan-perkataan yang dihitamkan yang terdapat di dalam petikan


Fokus Utama :

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang

betul dan memahami perkara yang dibaca

Aras : 3 (i) membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul

dan menarik.


Fokus Sampingan :

1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.

Aras : 1 (ii) memberikan jawapan yang sesuai dengan soalan yang

dikemukakan.

8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.

Aras : 2 (i) melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai.



Kemahiran Bahasa : mendengar dan bertutur, membaca dan menulis


Sistem Bahasa : Tatabahasa : i. mengenalpasti kata nama

ii. membina ayat dengan menggunakan

perkataan-perkataan yang telah

dihitamkan


Pengisian Kurikulum :

a. Ilmu - Sains, Moral, Pendidikan Seni

b. Nilai Murni - kasih sayang

c. Kemahiran Bernilai Tambah :

- kemahiran berfikir - mengenalpasti perkataan, menyelesaikan

masalah dan memilih jawapan yang tepat dan

betul

- strategi - kontekstual, metakognitif, direktif.


Pengetahuan Sedia Ada : - membina ayat

- tahu tentang haiwan

- mempunyai haiwan peliharaan


Alat Bantu Mengajar : Petikan ‘ Ikan Emas Iskandar ‘

Gambar-gambar Haiwan

Kad Perkataan

Pembesar suara

Komputer

Kertas Soalan

Borang Instrumen Penilaian Kemahiran Membaca




ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MASA

CATATAN

Soalan:

  1. Siapa ada haiwan peliharaan?
  2. Apakah jenis haiwan kamu itu?
  3. Adakah kamu sayang haiwan peliharaan itu?
  4. Cuba dengar bunyi-bunyi ini dengan teliti dan seterusnya cuba kenal pasti apakah haiwan tersebut?

Set Induksi

v Guru menunjukkan gambar haiwan

v Guru dan murid bersoal jawab tentang gambar.

v Guru memperdengarkan beberapa bunyi haiwan dan murid-murid dikehendaki mendengar bunyi tersebut dengan teliti dan mengenalpasti apakah bunyi-bunyi itu.

v Guru mengaitkan tajuk pelajaran.

5

M

I

N

I

T

ABM :

Gambar haiwan

Bunyi haiwan

Niai :

Kasih sayang kepada haiwan

Petikan ‘Ikan Emas Iskandar’

Langkah 1

v Murid diberikan dengan petikan setiap seorang.

v Kelas dibahagikan kepada lapan kumpulan dan murid diminta membaca petikan secara senyap.

v Murid membaca petikan secara beramai-ramai

v Setiap murid di dalam kumpulan diminta untuk membaca satu perenggan petikan.

20

M

I

N

I

T

ABM :

Petikan ‘Ikan Emas Iskandar’

Strategi :

Direktif

Kontekstual

Tatabahasa :

  1. Kata Nama
  2. Bina Ayat
  3. Lengkapkan Ayat

Langkah 2

v Kelas dibahagikan kepada lapan kumpulan.

v Setiap kumpulan dikehendaki untuk mencari dan menggariskan kata nama yang terdapat dalam petikan.

v Setiap kumpulan diminta untuk membina ayat berdasarkan perkataan yang dihitamkan.

v Setiap kumpulan diminta untuk melengkapkan ayat dengan perkataan yang tepat.

v Wakil kumpulan memberikan jawapan yang telah mereka jawab.

20

M

I

N

I

T

ABM :

Petikan ‘Ikan

Emas Iskandar’

Kertas soalan

KB :

Kenalpasti perkataan

Menyelesaikan masalah

Memilih jawapan yang tepat

Strategi:

Kontekstual

Metakognitif

Nilai :

Kerjasama

Permainan Suai dan Padan :

Langkah 3

v Guru menampalkan gambar haiwan dan kad-kad perkataan.

v Murid diminta untuk memadankan gambar haiwan dengan ciri-cirinya.

10

M

I

N

I

T

ABM :

Gambar haiwan

Kad-kad perkataan

Strategi :

Metakognitif

Direktif

Nilai :

Kerjasama

Penutup Kognitif :

Apakah yang telah kamu pelajari pada hari ini?

Apakah pengajaran yang boleh diambil daripada pelajaran hari ini?

Penutup Sosial :

Penutup

v Murid diminta untuk menyatakan perkara-perkara yang telah dipelajari.

v Guru membuat penutup sosial.

v Murid membunyikan dan melakukan aksi haiwan.

Kerja rumah :

i. menjawab soalan-soalan kefahaman

ii. melukis haiwan kesayangan mereka.

5

M

I

N

I

T

Nilai :

Kasih sayang terhadap haiwan


No comments: